Jawatan kosong terkini berikut ditawarkan pada calon-calon yang layak di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :
1. Tukang Masak - (2 Kekosongan)
Taraf Jawatan : Anggota Projek FAMA (Kontrak)
Penempatan : Kafe Lazaria, Ibu Pejabat FAMA
Gred / Jadual Gaji : Gred K1
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,324.95 RM3,291.20 RM65.00
Elaun – Elaun : Elaun Kedatangan : RM75.00 Sebulan
Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iv) Mempunyai kemahiran dan pengalaman memasak.
v) Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam perkhidmatan awam.
Bidang Tugas :
i) Memasak pelbagai jenis lauk pauk
ii) Menyelia bahagian dapur Kafe Lazaria
iii) Memastikan dapur sentiasa bersih dan selamat
iv) Mematuhi arahan dari semasa ke semasa
2. Pramusaji - (2 Kekosongan)
Taraf Jawatan : Anggota Projek FAMA (Kontrak)
Penempatan : Kafe Lazaria, Ibu Pejabat FAMA
Gred / Jadual Gaji : Gred K2
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,258.40 RM2,589.40 RM55.00
Elaun – Elaun :
Elaun Kedatangan : RM75.00 Sebulan
Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/ Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
iv) Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam perkhidmatan awam.
Bidang Tugas :
i) Membantu dalam aktiviti-aktiviti jualan Kafe Lazaria
ii) Bertanggungjawab menyediakan pesanan pelanggan, menghantar dan
menghidangkan pesanan
iii) Mematuhi arahan dari semasa ke semasa
CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p. Borang boleh dimuaturun melalui link berikut --> Borang Permohonan FAMA
(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil SPM/SRP/PMR/PT3, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.
(c) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.
(d) Permohonan hendaklah sampai kepada:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 2, Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1 Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor
Sebelum atau pada : 20 DISEMBER 2021 (ISNIN)
CATATAN AM :
Calon-calon di ingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.