Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia

Jawatan kosong terkini berikut ditawarkan pada calon-calon yagn layak sebagai Pensyarah Akademi di Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia

Jawatan Kerja Kosong Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia

JAWATAN KOSONG

Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44/DG48/DG52 (KUJ) Kolej Matrikulasi

Kementerian : Kementerian Pendidikan Malaysia

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Klasifikasi Perkhidmatan : Pendidikan


SYARAT-SYARAT  UMUM

- PPP Gred DG44/ DG48/ DG52 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

- Markah  wajaran  Laporan  Nilaian  Prestasi  Tahunan  (LNPT/  PBPPP) sekurang-kurangnya 85 % bagi tahun 2018, 2019 dan 2020

- Bebas daripada tindakan tatatertib

- Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun

- Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan; dan


SYARAT-SYARAT KHUSUS

- Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya ljazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi kursus yang dimohon

- Fasih dalam Bahasa lnggeris (penulisan dan pertuturan)

- Bagi permohonan sebagai Pensyarah Bahasa lnggeris, PPP perlu berada pada tahap penguasaan minimum Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) C1

- Sihat fizikal dan•tidak mempunyai sakit kronik

- Sedia berkhidmat di kolej matrikulasi yang ditawarkan sekurang­ kurangnya 3 tahun

- Diperaku oleh Ketua Jabatan.


CARA MEMOHON

- Pemohon hendaklah melengkapkan maklumat yang diperlukan melalui borang permohonan. Borang permohonan boleh di 'download' melalui link berikut --> Borang Permohonan


- Mencetak maklumat permohonan secara depan belakang, mengepilkan maklumat berdasarkan senarai semak dan mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan bagi tujuan sokongan.

- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

- Mengemukakan borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Disember 2021 (Jumaat) ke alamat seperti berikut:


Pengarah

Bahagian Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

(u.p.: Unit Perkhidmatan, Saraan dan Perjawatan)



KEKOSONGAN JAWATAN

Kekosongan jawatan adalah bagi subjek seperti berikut:

i. Biologi

ii. Fizik

iii. Kimia

iv. Sains Komputer 

v. Matematik

vi. Bahasa lnggeris 

vii. Perakaunan

viii. Pengurusan Perniagaan

ix. Ekonomi

x. Pengajian Am

 

LAIN -LAIN


- Calon yang layak dan sesuai akan dipanggil untuk temuduga selewat­ lewatnya dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan ini;

- Segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga adalah di bawah tanggungan calon sendiri

- Sekiranya tiada sebarang jawapan diterima daripada urus setia dalam masa 12 bulan dari tarikh tutup permohonan, permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

*tertakluk kepada penyata perjawatan yang sedang berkuat kuasa

Post a Comment

Previous Post Next Post