Jawatan kosong berikut diperlukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Sabah)
Jawatan : Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
Kekosongan : 3
Simpanan : 10
Syarat Lantikan:
• warganegara Malaysia;
• berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
• keutamaan kepada calon yang lulus subjek ekonomi rumah tangga pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
• Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Maklumat Syarat Lantikan:
Maklumat syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan di pautan berikut: https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/spm-svm-skm-sijil/pembantu-penyediaan-makanan-gred-n19
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9): https://spa9.spa.gov.my. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 28 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.
Untuk penerangan lanjut boleh di lihat pada slide di bawah :