LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA & SIJIL (SESI JULAI TAHUN 2022)
Kementerian Kesihatan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon menyertai latihan separa perubatan seperti berikut:
JENIS-JENIS LATIHAN DAN SOKONGAN
JUMLAH KEKOSONGAN : 1130
SYARAT KELAYAKAN
i) Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan; atau
- Berumur tidak melibihi 51 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL); atau
- Berumur tidak melibihi 38 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Sedang Berkhidmat Lantikan (PSL);
ii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iii) Memenuhi syarata kelayakan akademik minimum di peringkat SPM berdasarkanjenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk Maklumat Syarat Latihan
MAKLUMAT SYARAT LANTIKAN
Maklumat syarat lantikan/gaji /tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9): https://spa9.spa.gov.my.
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 2 Januari 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.
Untuk penerangan lanjut boleh di lihat pada slide di bawah :
Tags:
Seluruh Malaysia