Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia

Jawatan kosong Kementerian Kesihatan Malaysia

Jawatan Kerja Kosong Kerajaan Kementerian Kesihatan Malaysia

Jawatan : Pegawai Kesihatan Persekitaran U41 

Kekosongan : 6

Simpanan : 18


Syarat Lantikan:

• warganegara Malaysia;

• berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan

• memiliki:

   (i)  ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya   (ii) ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang perlombongan, mineral atau kaji logam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu: 

• Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Keperluan Bidang:

(a) Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran

(b) Kesihatan Persekitaran

(c) Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan


Keperluan Tambahan:

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/ kelulusan ijazah sarjana muda yang telah ktiraf oleh senat universiti/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Maklumat Syarat Lantikan:

Maklumat syarat lantikan / gaji /  tugas-tugas jawatan di pautan berikut : https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd/pegawai-kesihatan-persekitaran

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9): https://spa9.spa.gov.my. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 1 Disember 2021 (Rabu), jam 11.59 malam.

Post a Comment

Previous Post Next Post