Jawatan kosong Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia

Jawatan kosong terkini Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia

Jawatan kerja kosong Kerajaan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia

Jawatan : Pegawai Geosains Gred C41 (Kimia)

Kekosongan : 1 (perempuan)

Simpanan : 3 (perempuan)


Syarat Lantikan:

• warganegara Malaysia;

• berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan

• memiliki:

   (i)  ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kaji bumi, geofizik, fizik (geofizik), kaji bumi (geofizik) atau kimia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

   (ii) ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang perlombongan, mineral atau kaji logam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu: 

•Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Geosains adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Geosains Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)    (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau

      (ii) lulus peperiksaan khas; dan

(b) had umur pelantikan:

      (i)  berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

      (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

      (iii)berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Keperluan Bidang (Ditetapkan Oleh Jabatan): Kimia


Keperluan Tambahan:

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/ kelulusan ijazah sarjana muda sains/ kejuruteraan yang telah ktiraf oleh senat universiti/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.


Maklumat Syarat Lantikan:

Maklumat syarat lantikan / gaji /  tugas-tugas jawatan di pautan berikut:  https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd/pegawai-geosains-gred-c41

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9): https://spa9.spa.gov.my

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses. 

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 30 November 2021 (Selasa), jam 11.59 malam.




Post a Comment

Previous Post Next Post